Jenayah

Peniaga menangis dipenjara sehari

rokok

MUAR – Seorang peniaga, semalam, mengalirkan air mata selepas Mahkamah Majistret, di sini, menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM200 ke atasnya selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dan menjual rokok seludup, Februari lalu.

Chia Siew Choon, 48, membuat pengakuan berkenaan di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab sebaik sahaja pertuduhan dibacakan ke atasnya.

Tertuduh didakwa menjual rokok dilarang import di kedainya di CK Sin Yin Trading di Jalan Bakri Jaya, Bakri di sini, pada 13 Februari lalu.

Mengikut fakta kes, tertuduh dengan sengaja cuba menyembunyikan rokok dilarang import di dalam kedainya kira-kira jam 4.30 petang.

Bagaimanapun, pemeriksaan dilakukan pasukan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Muar di premis berkenaan menemui 10 kotak rokok putih jenama Canyon dan 10 kotak rokok putih mentol jenama sama dengan nilai rampasan hampir RM119.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan dijatuhkan hukuman mengikut Seksyen 135(iii)(aa) akta sama di mana jika sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM240 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dilakukan Penguasa KDRM Muar, Abdul Rasyiddi Ab Drahman, manakala Siew Choon tidak diwakili peguambela.

Beliau sebelum itu merayu kepada mahkamah agar hukuman yang bakal dijatuhkan ke atasnya, diringankan kerana perlu menjaga dua anaknya yang masih bersekolah.

Difahamkan, tertuduh menjelaskan denda dikenakan dan kemudiannya menjalani hukuman penjara sehari.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");