Jenayah

Mayat lelaki disangka lotong

mayat 1

POKOK SENA – Seorang pemilik sawah terkejut apabila kepala terapung yang disangkanya lotong ialah mayat manusia.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Saari Ariffin, 68, dikatakan ke sawahnya di Kampung Tuba, Mukim Bukit Lada dekat sini untuk melihat air bagi kerja membajak dan menanam tidak lama lagi.

“Bagaimanapun ketika sampai di hujung sawah, saya berbau sesuatu dan mendapati ada tompokan minyak sekitarnya.

“Saya meninjau lebih dekat dan ternampak kepala terapung. Saya mengoreknya dengan cangkul dan mendapati ia adalah mayat manusia,” katanya.

Menurut Saari, mayat itu seperti sudah hampir reput dan telah dikafan dengan kain putih.

Katanya, tangan mayat itu terikat di belakang selain rambutnya juga sudah gugur.

“Oleh kerana tiada sesiapa pada masa itu, saya berlari ke rumah dan terus membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pokok Sena,” katanya ketika ditemui di lokasi itu.

Saari berkata, dia percaya mayat itu sudah mati beberapa hari dan ditanam di dalam lubang tayar mesin padi. Apabila hujan akhir akhir ini, mayat itu mungkin telah timbul lalu terapung.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi berkata, sepasukan polis bergegas ke lokasi selepas menerima laporan.

“Siasatan mendapati, mayat dalam keadaan tertiarap dan berbalut seperti kafan dengan kain berwarna putih di dalam sawah itu.

“Mayat dipercayai adalah lelaki dibuang di situ dan pemeriksaan lanjut mendapati tiada kesan kecederaan serta rambutnya telah gugur.

“Identitinya belum dikenal pasti dan muka mayat pula sudah mereput serta hitam dipercayai telah mati lebih daripada lima hari.

Sehingga ini, pihak polis sedang menunggu laporan perubatan sama ada mangsa mati mengejut atau dibunuh,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");