Jenayah

Lebih 20 tahun berusaha jejaki ibu

Lebih 20 tahun berusaha jejaki ibu
image (1)
KULAIJAYA – Seorang juruteknik dari Ladang Fraser dekat Sengkang, di sini, merayu bantuan orang ramai mencari ibunya yang hilang dan terpisah sejak 24 tahun lalu.

S Ridzuan Sapar, 28, mendakwa ibunya, Salamah Saion, 50, telah diculik ketika sedang membeli makanan di sebuah warung di Sandakan, Sabah pada Julai 1990, berdasarkan cerita arwah ayahnya.

“Ketika itu saya berusia dalam dua tahun.

“Selain itu, menurut maklumat yang saya dan keluarga terima, seorang lelaki telah menarik ibu saya masuk ke dalam van semasa kejadian itu.

“Arwah ayah turut menceritakan, dua bulan kemudian seorang rakannya memberitahu pernah terserempak dengan ibu saya di Semporna,” katanya.

Dia berkata, pelbagai ikhtiar dibuat antaranya kakak sulung pernah cuba menjejaki ibunya melalui Jabatan Pendaftaran Negara 10 tahun lalu bagi mengesan alamat terakhir ibunya.

“Alamat terakhir ibu saya menetap di Kampung Cendar Mata 2, Lorong 6, Likas, Sabah.

“Selepas mendapat maklumat itu, saya dan kakak cuba mencari ibu berdasarkan alamat tersebut, namun masih gagal ditemui,” katanya.

Susulan peristiwa itu, S Ridzuan yang juga anak bongsu daripada lima beradik tidak mengetahui nasib ibunya sehingga ke saat ini.

“Sejak itu tiada khabar berita daripadanya kami terputus hubungan hingga sekarang. Kami tak tahu sama ada dia masih hidup atau sudah tiada,” katanya.

Dia meminta sesiapa yang mengenali Salamah atau tahu di mana ibunya, menghubunginya menerusi talian 01129731131.

– Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");