Perak Hari Ini

Program ‘Jom Rasa’ Promosi Pelbagai Produk Tempatan

PERAKTODAY

Program ‘Jom Rasa’ yang berlangsung di Angsana Mall, dekat Ipoh berjaya mengumpulkan 18 usahawan terpilih bagi mempromosikan pelbagai produk tempatan yang berasaskan makanan.

Menurut Pengerusi Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mohd Nizar Zakaria, penganjuran yang berlangsung sejak tahun 2008 itu antara medium terbaik untuk mengembangkan sayap terutama sekali bagi sektor perniagaan tempatan.

“Usahawan di Perak amnya telah berjaya untuk mengembangkan perniagaan ke peringkat lebih jauh ke hadapan baik daripada segi produk yang diketengahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program ‘Jom Rasa’ yang berlangsung selama sembilan hari bermula dari 19 April hingga 27 April ini.

Tambah beliau lagi, program itu juga memberi peluang kepada golongan usahawan untuk mempamerkan dan mempromosikan produk serta mendapatkan bimbangan nasihat daripada jabatan dan agensi yang terlibat.

Jelasnya lagi, maklum balas daripada pengguna itu sendiri juga mampu diperolehi termasuklah berkaitan dengan kualiti hasil dan pembungkusan sesebuah produk yang diketengahkan.

“Usahawan kini sudah mampu diketengahkan ke peringkat lebih jauh, mereka sudah berani berada di kelompok perniagaan yang besar seperti melalui karnival dan ekspo yang dianjurkan,” katanya.

PERAKTODAY1

Beliau menasihati para usahawan supaya mempunyai perancangan yang tersusun dari semasa ke semasa kerana golongan usahawan merupakan antara menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara amnya.

“Jika mereka mampu mempunyai perancangan yang tersusun, pastinya perniagaan mereka akan lebih berkembang dan berupaya mengetengahkan produk mereka sehingga ke peringkat antarabangsa,” jelasnya lagi.

Tambah Nizar lagi, untuk meningkatkan hasil perniagaan usahawan digesa untuk berkongsi maklumat bersama semua rakan pernigaan yang lain serta agensi kerajaan yang terlibat.

Sasaran RM3,000 sebulan bagi hasil produk yang diniagakan untuk setiap usahawan merupakan antara sasaran utama kerajaan negeri memerlukan komitmen yang tinggi bagi mencapainya, kata beliau lagi.

“Jaminan kepada sasaran tersebut ialah dengan meletakkan pelaksanaan khusus yang meliputi strategi perniagaan, pembungkusan dan juga promosi,” katanya.

Jabatan Pertanian Perak jelasnya, turut mensasarkan kutipan nilai dapatan hasil kepada peniaga yang terlibat kali ini iaitu sebanyak RM300,000 berbanding hanya RM200,000 tahun lepas.

 

PERAKTODAY2

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");