Sukan Hari Ini

TRW bakal berubah wajah

kafa kelantan

PENASIHAT Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa memaklumkan satu perubahan drastik akan dilakukan bagi memulihkan kembali reputasi pasukan The Red Warriors (TRW) selepas mengalami kemarau kekalahan sejak kebelakangan ini.

Annuar menerusi laman sosial Facebook miliknya semalam, memberitahu, pembaharuan itu akan dilihat dalam tempoh masa terdekat termasuk melibatkan barisan pemain import dan corak permainan yang bakal membawa pasukan itu kembali kepada prestasi asal.

“Apa pun TRW bakal berubah wajah, yang sering ‘cedera’ dan buat ‘perangai’ akan digugurkan daripada pasukan.

“Disiplin dan ketegasan perlu dikembalikan. Beberapa pemain import tidak habis-habis dengan masalah dan rata-rata pemain tempatan lebih berdisiplin dan komited. Rupanya membina pasukan tidak mudah,” katanya.

Menurutnya, walaupun terpaksa berdepan kekecewaan kesan kekalahan dalam beberapa perlawanan minggu lalu, namun semangat pasukannya tidak akan luntur untuk terus berjuang menghabiskan baki saingan Liga Super musim ini.

Beliau juga berkata, waktu rehat selama dua minggu nanti bakal menyaksikan pembaharuan dan yakin pemain TRW akan menunjukkan prestasi sebenar untuk aksi separuh akhir pertama Piala FA.

Selepas mengharungi 14 perlawanan Liga Super, Kelantan kini menghuni tangga ketujuh dengan mengumpul 20 mata hasil enam kemenangan, namun begitu satu perubahan besar perlu dilakukan dan ia dilihat telah bermula semenjak pemecatan serta-merta pengendali utama, Steve Darby selepas pasukan itu kalah 0-4 kepada Sime Darby minggu lalu.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");