Membawang Hari Ini

Adam (AF2) Kunci Mulut Dakwaan Isteri Fail Cerai

Adam Fiza

PETALING JAYA: Penyanyi Adam (AF2) mengambil pendekatan mahu mengunci mulut daripada memberikan sebarang kenyataan berhubung dakwaan terbaharu isterinya, Fiza (Elite) dikatakan memfailkan perceraian di sebuah mahkamah syariah di Shah Alam dekat sini minggu lalu.

Adam atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 31, berkata, dia tidak mahu mengulas mengenai perkara tersebut dan memohon semua pihak memberi mereka ruang buat masa ini.

“Maafkan saya kerana tidak boleh mengulas mengenai perkhabaran terbaharu itu dan saya mohon semua pihak mendoakan perhubungan kami sentiasa berada dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Isnin.

Sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan Fiza dikatakan memfailkan permohonan cerai tersebut selepas masing-masing semakin kurang persefahaman sehingga rakan rapat mereka mengetahui masalah yang timbul dalam rumah tangga mereka.

Bagaimanapun usaha mStar Online untuk cuba mendapatkan reaksi Fiza mengenai perkhabaran terbaharu itu gagal apabila pelakon dan penyanyi itu tidak menjawab panggilan dan WhatsApp yang dihantar kepadanya.

“Kami sepakat untuk tidak mengulas mengenai perkara ini buat masa ini dan harap semua pihak faham akan keadaan kami,” katanya lagi.

Adam dan Fiza atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 32, bernikah pada 26 September tahun lalu hanya selepas dua bulan berkenalan.

Sebelum itu Fiza berkahwin dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin pada 8 September 2006 dan bercerai pada 4 November 2010.

Hasil perkahwinan Fiza dan Ahmed Farriq itu mereka mendapat dua orang anak iaitu Ferra Aryana, 5, dan Feeya Adyrra,4.

-MSTAR

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");