Jenayah

Kos operasi mencari MH370 belum dinilai

terus berdoa

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum menilai kos keseluruhan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lepas, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata berdasarkan standard Annex 12 SAR, Chicago Convention 1994, setiap negara perlu menyediakan perkhidmatan SAR bagi kawasan, dalam kawasan SAR, di bawah ketetapan Konvensyen Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Ini bermakna, semua kos operasi SAR ditanggung kesemua negara terlibat sepanjang operasi SAR dijalankan, katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Rohani Abdullah yang ingin tahu kos ditanggung kerajaan bagi operasi itu.

Ab Aziz turut mengulangi komitmen bahawa kerajaan tetap komited dan akan meneruskan usaha SAR, malah tidak akan berputus asa sehingga pesawat itu ditemui, walaupun operasi pencarian memasuki hari ke-45 hari ini.

Beliau berkata sejak dimulakan, operasi SAR melibatkan penggunaan 89 pesawat udara, 80 kapal laut, beberapa satelit, sebuah kapal selam dan sebuah kenderaan dalam air autonomi (AUV) Bluefin-21.

“Operasi disertai 26 buah negara bermula di Laut China Selatan dan Selat Melaka seterusnya ke Laut Andaman termasuk dua buah koridor iaitu koridor utara (merentasi 11 negara) dan koridor selatan (merentasi dua negara),” kata Ab Aziz.

Pencarian kini tertumpu di selatan Lautan Hindi iaitu di Barat Daya Perth, Australia.

Penerbangan MH370 yang menggunakan pesawat Boeing 777-200, membawa 227 penumpang termasuk dua bayi, dan 12 anak kapal, menjadi tumpuan dunia apabila hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam.

Dalam perkembangan sama, Ab Aziz berkata aspek keselamatan lapangan terbang akan terus dipertingkatkan dengan pelbagai peralatan canggih dirancang untuk ditempatkan di kawasan pintu masuk negara di masa hadapan.

Kesemua peraturan berhubung isu keselamatan di lapangan terbang di negara ini sentiasa mengikut piawaian antarabangsa yang ditetapkan Annex 17, ICAO,
katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");