Membawang Hari Ini

Miley Cyrus masuk hospital, batal konsert

miley cyrus 1

Nampaknya, siri jelajah Miley Cyrus di Amerika Syarikat (AS) terpaksa berakhir dengan nota sedih apabila penyanyi remaja sensasi terbabit dilaporkan mengalami alahan teruk akibat pengambilan pil antibiotik.

Wakil pengurusannya mengeluarkan kenyataan Jumaat lalu dengan berkata, semua saki-baki siri jelajah Bangerz penyanyi itu terpaksa ditunda.

bermakna, persembahannya yang dijadualkan di Philadelphia, Connecticut dan New York pada minggu depan terpaksa dibatalkan, buat waktu ini.

Pengumuman itu pula bukanlah di luar jangkaan. Jurucakap penyanyi terbabit Khamis lalu berkata, Cyrus mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk sembuh daripada kesakitan yang memaksa dirinya dimasukkan ke sebuah hospital di Kansas, baru-baru ini.

Jumaat lalu juga Cyrus, 21, memuat naik status di Twitter, dirinya tidak suka dikejutkan dari tidur di hospital semata-mata untuk menerima suntikan.

Penyanyi berkenaan sudah pun membatalkan persembahannya di Charlotte, North Carolina, sebelum itu kerana diserang demam yang seakan-akan selsema.

Bagaimanapun kesihatannya tidak diketahui dengan sepenuhnya sehinggalah pada hujung minggu lalu apabila beliau membatalkan kemunculan di Kansas City dan St Louis.

Dalam sebuah kenyataan, pihak pengurusannya memaklumkan, Cyrus diserang jangkitan sinus ketika berada di North Carolina. Beliau kemudian diberikan ubat antibiotik Cephalexin, yang membuatkan dirinya mengalami alahan cukup teruk.

“Alahan teruk seperti ini boleh mengambil masa antara lima hingga 27 hari,” kata kenyataan berkenaan.

Kenyataan itu turut menyatakan, penyanyi terbabit kini berada di bawah pengawasan doktor sehinggalah beliau benar-benar sembuh. Pihak pengurusannya juga meminta supaya wakil media dan peminat memberikan sedikit waktu untuk Cyrus beransur baik. Mereka turut menyatakan, penyanyi itu kecewa apabila terpaksa mengecewakan peminat dengan pembatalan persembahan berkenaan.

Bagaimanapun, Cyrus dikatakan tidak akan berehat daripada mengadakan persembahan bagi tempoh waktu yang panjang. Jurucakapnya berkata, siri jelajah di Eropah akan tetap diteruskan. Ia akan bermula di Amsterdam, Belanda, pada 2 Mei nanti.

Pada musim panas ini, beliau dijadualkan kembali menghangatkan pentas di AS.

Persembahan baru bermula antara 1 hingga 14 Ogos diumumkan sebagai tarikh bagi menggantikan konsertnya yang dibatalkan. Ia juga termasuk dua persembahan tambahan, masing-masing di Pittsburgh dan Chicago.

Sebelum itu, penyanyi ini berdepan dugaan berat apabila anjing kesayangan yang dianggap teman baik, Floyd, meninggalkannya buat selama-lama.

Kesedihan akibat kematian Floyd mendatangkan tekanan hebat buat dirinya hingga doktor menyatakan, jika beliau tidak bertenang, permasalahan berkenaan boleh membawa kepada masalah serangan jantung.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");