Perak Hari Ini

PPPNP Masih Catat Prestasi Baik: DS Zambry

zambryPerbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) masih menunjukkan prestasi yang positif dalam sektor perniagaan meskipun berhadapan iklim ekonomi yang tidak menentu.

“PPPNP menunjukkan tahap kematangan dari segi perkembangan perniagaan yang baik walaupun iklim ekonomi yang sedang dialami khususnya melibatkan kelapa sawit yang tidak menentu ketika ini,” kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Menurut beliau lagi, PPPNP masih mampu menghadapi perubahan nilai pasaran kelapa sawit dan mencatat keuntungan.

“Dari segi keuntungan, ia tidak terjejas walaupun pada peringkat akhir nanti akan ada kesannya,” katanya kepada pemberita semasa sidang media di Ipoh, hari ini.

Beliau juga melahirkan rasa bangga dengan pencapaian yang dilakukan oleh PPPNP kerana dapat menambah hasil perolehan mereka.

“Saya mengucapkan tahniah kepada PPPNP atas kemampuan mereka untuk mengurus dan menambahkan dari segi perolehan hasil pemerolehan secara purata berbanding dengan keseluruhan negeri Perak dan juga kebangsaan,” katanya.

Tambahnya lagi, PPPNP juga telah menunjukkan satu perkembangan yang baik dalam aspek pengurusan ladang.

“PPPNP telah menunjukkan hasil pemerolehan yang baik hasil daripada amalan perladangan yang baik walaupun menghadapi beberapa kekangan,” ujarnya lagi.

Beliau juga berharap akan berlaku kesan positif apabila laporan akaun dikeluarkan nanti.

“Saya berharap apabila akaun 2014 dikeluarkan nanti, ianya akan menunjukkan perkembangan yang positif di sebalik perkara yang berlaku itu,” tambahnya lagi.

Sebagai agensi milik penuh kerajaan negeri, PPNP telah mencatat banyak kejayaan antaranya pelancaran ‘Outlet’ Perak Agro/Forest Secret sebagai usaha memperkenalkan dan meningkatkan jualan produk keluaran tempatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");