Berita Hari Ini

Kempen turun harga semakin dapat sambutan industri

hassan malek 2

KOTA BHARU – Kempen penurunan harga barangan semakin mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai pihak termasuk pasar raya, dalam membantu usaha kerajaan mengekang kenaikan harga dan kos sara hidup rakyat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata kementeriannya  menerima banyak permohonan daripada pelbagai pihak untuk bersama menjayakan kempen itu yang melibatkan potongan harga antara 20hingga 70 peratus.

“Ini menunjukkan kempen kita mendapat sambutan baik, oleh itu pengguna harus mengambil kesempatan untuk membeli barangan pada harga murah melibatkan potongan harga berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Penurunan Harga Bagi Pasar Raya dan Pasar Raya Besar di Kelantan, di sini hari ini.

Hasan berkata di Kelantan, kempen yang berlangsung sejak semalam hingga 4 Mei itu melibatkan 34 pasar raya dan pasar raya besar.

Mengenai operasi membanteras kegiatan penyeludupan barangan termasuk diesel dan petrol di kawasan sempadan Malaysia-Thailand, beliau berkata pihak berkuasa tidak akan berkompromi dan akan mengenakan tindakan tegas terhadap pelakunya.

“Kita sudah ketatkan operasi, lokasi-lokasi panas sedang kita pantau. Kita tak nak perkara ini berlaku kerana ia menyusahkan rakyat,” katanya.

Hasan berkata pihaknya melaksanakan operasi bersepadu bersama agensi penguatkuasa lain dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan penyeludupan. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");