Perak Hari Ini

KPerak Anjur Forum Generasi Digital VS Analog 27 April

kperak

Forum Generasi Digital VS Analog akan dianjurkan oleh KPerak Inc. Corporation (Inisiatif Unit KPerak@UTC dan K-Masyarakat) dengan kerjasama Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan Malaysia) pada 27 April depan.

Program tersebut dijadual berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh bermula dari jam 9 pagi hingga 2.00 petang.

Jurucakap KPerak berkata, forum itu diadakan dengan tujuan membincangkan mengenai kesan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terhadap generasi masa kini.

“Selain itu, forum yang memfokuskan kepada golongan muda dan analog (veteran) ini juga bertujuan memberi pendedahan terhadap kaedah menghadapi cabaran di era ICT dengan bijaksana,” katanya.

Forum itu juga katanya, turut mengajar bagaimana untuk menjadikan perkembangan ICT sebagai medan menambah ilmu pengetahuan dengan berteraskan kepada prinsip dan nilai murni.

“Bertemakan ‘Realiti dan Pertembungan Di Antara Dua Generasi’, forum ini menggariskan empat objek utama antaranya mengenai kesedaran generasi muda tentang penggunaan ICT dan kesannya,” katanya dalam kenyataan akhbar kepada Peraktoday.com.my.

Tambahnya, forum tersebut juga memberi peluang kepada golongan muda melihat perbezaan pemikiran dan tindakan golongan analog dalam proses memcerna maklumat dan pengetahuan serta kesannya terhadap kehidupan mereka.

“Forum ini juga merupakan salah satu cara untuk memberi pencerahan kepada peserta mengenai strategi dan pendekatan efektif dalam usaha untuk menyampaikan nilai-nilai murni dan akhlak dengan menggunakan teknologi sebagai medium.

“Melalui forum ini juga, ia juga diharap dapat membantu mengajar generasi muda mengenai penggunaan ICT dengan cara yang berhemah dan selamat,” ujarnya.

Dianggarkan kira-kira 250 peserta yang terdiri daripada golongan belia yang berusia 16 tahun hingga 60 tahun akan menyertai forum tersebut, kata beliau lagi.

Antara penceramah yang akan hadir ke forum itu termasuklah Juara Imam Muda Musim Pertama, Imam Muda Asyraf Mohd Ridzuan, aktivis keamanan dan penceramah bebas, Noorazman Shamsudin serta Profesor Sains Komputer Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr Rosni Abdullah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");