Laporan Eksklusif

Pertandingan pidato bahasa Melayu pecah dominasi penutur asli – Rosmah

rosmah mesraDATIN Seri Rosmah Mansor melayan permintaan salah seorang peserta Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri untuk bergambar di Seri Perdana, Putrajaya pada 21 April 2014. Foto NOOR ASREKUZAIREY SALIM:-

Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri, membolehkan Bahasa Melayu dieksport dan dikembangkan melalui saluran formal, kata isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau berkata PABM juga mampu menjadi wahana paling ampuh untuk memperkasa Bahasa Melayu ke arena antarabangsa.

“Setelah lima tahun penganjurannya, penyertaan bagi pertandingan itu telah berkembang daripada 23 buah negara pada tahun 2007 kepada 75 buah negara tahun ini,” katanya semasa berucap pada majlis meraikan peserta PABM Piala Perdana Menteri 2014 di sini hari ini.

Rosmah berkata penganjuran pertandingan itu juga berupaya memecahkan dominasi penguasaan Bahasa Melayu, agar ia tidak hanya berlegar sekitar rumpun bangsa, penutur asli bahasa itu.

“Untuk keluar daripada kepompong realiti dan hakikat sedia ada, memerlukan usaha yang lebih imaginatif, inovatif dan terancang demi meningkatkan faktor bagi menggalakkan bangsa asing menguasai Bahasa Melayu,” katanya.

-MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");