Perak Hari Ini

Peminat Diminta Bersabar, Terus Beri Sokongan Kepada PAFA

PERAK TODAY 2

“PAFA bukan menggunakan peraturan ‘kedai kopi’ kerana segalanya tertakluk kepada undang-undang termasuklah daripada segi pemilihan barisan kepimpinan pengurusan serta kejurulatihan,”.

Begitu tegas Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkenaan prestasi hambar dan pelbagai insiden yang mencemar nama pasukan The Bos Gaurus dalam aksi Liga Super 201

Jelasnya lagi, setiap peminat atau penyokong mempunyai pandangan dan tafsiran, namun melihat daripada sudut pentadbiran dan organisasi, PAFA ianya mempunyai garis panduan dan  peraturan tersendiri untuk dipatuhi.

“Sudah tentu peminat dan penyokong mengharapkan kemenangan tetapi kita lebih memberi keutamaan kepada pembinaan pasukan terlebih dahulu,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, kedudukan pasukan yang berada pada tahap yang mencemaskan ketika ini menyebabkan peminat dan penyokong menimbulkan pelbagai desakan.

Tindakan memecat pengurus, jurulatih atau presiden jelasnya, bukanlah penyelesaian terbaik kepada perkembangan bola sepak negeri.

“Tidak wajar saya melepaskan jawatan semata-mata hanya disebabkan desakan peminat sebaliknya semua pihak perlu bekerjasama mencari idea untuk memulihkan imej dan kekuatan pasukan,” katanya.

Tambah Zainol Fadzi lagi, pengurus pasukan telah melakukan  yang terbaik dan setakat ini, PAFA masih memberi peluang dan masa buatnya untuk menambahbaik prestasi pasukan.

Ditanya pula mengenai hala tuju PAFA, jelas Zainol Fadzi pihaknya PAFA akan terus menampilkan pemain-main baharu dan mencungkil bakat anak jati Perak yang berpotensi dalam sukan bola sepak.

Jelasnya, pemilihan anak Perak sendiri diharap mampu menyemai  semangat negeri yang kuat untuk digabung dengan pemain luar.PERAK TODAY 1

“Dalam proses memperkukuhkan pasukan, peminat dan penyokong perlu bersabar kerana bercakap itu mudah namun untuk melaksanakannya bukan mudah,” katanya lagi.

Ujarnya lagi, peminat dan penyokong seharusnya memahami keadaan pasukan pada ketika ini dan dinasihati supaya tidak melakukan perkara-perkara yang tidak menguntungkan semua pihak.

“Jika timbul rasa marah pada presiden, pengurus, jurulatih atau pemain sekalipun, mengapa orang lain yang menjadi mangsa,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengulas mengenai insiden pergaduhan membabitkan segelintir penyokong Perak dalam aksi Liga Super antara Perak dan Johor Darul Takzim yang menyaksikan Perak tumpas 0-1

“Perkara sudah berlaku dan pastinya PAFA akan dikenakan tindakan dan mengenai soal tindakan pula, terpulang kepada pihak FAM untuk menilai,” jelasnya.

PERAK TODAY 3

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");