Jenayah

Dua lelaki ditahan, polis rampas 440 biji pil kuda

pilkuda

MACHANG – Polis menahan dua lelaki dan merampas sebanyak 440 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM8,800 dalam satu serbuan di  hadapan sebuah rumah di Pangkal Meleret, di sini, Ahad lalu.

Ketua Bahagian Pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Machang, Loo Lian Lai berkata, semasa serbuan dibuat kira-kira pukul 6.15 petang itu, kedua-dua suspek cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap.

“Hasil pemeriksaan ke atas suspek, kami menjumpai satu bungkusan surat khabar yang didalamnya mengandungi dua paket plastik pil warna merah dan hijau di dalam poket kiri seorang suspek.

“Manakala di dalam poket kanannya, kami menjumpai satu beg berzip yang mempunyai empat tiub straw yang setiap satunya mengandungi 10 biji pil dipercayai pil kuda,” katanya.

Lian Lai berkata, daripada siasatan awal, pihaknya percaya suspek merupakan pengedar di kawasan sekitar Pangkal Meleret dan baru berjinak-jinak dengan kegiatan pengedaran dadah itu.

Bagaimanapun katanya, ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua lelaki itu negatif  dadah.

“Kedua-dua suspek akan direman  selama seminggu bagi membantu siasatan,” katanya sambil memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 39a (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan yang sama, Lian Lai meminta ibu bapa memantau pergerakan anak-anak masing-masing bagi mengelakkan mereka terlibat dengan gejala yang tidak sihat.

Katanya, pemantauan yang berterusan bukan hanya membantu ibu bapa  menyedari perkembangan anak-anak mereka tetapi juga mengeratkan hubungan antara satu sama lain.

 -Sinar harian
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");