Berita Hari Ini

Langkah positif pelaksaan hudud di Malaysia

hudud

SHAH ALAM – Sifat keterbukaan yang ditonjolkan pemimpin Umno yang positif dengan hudud membuktikan mereka semakin menerima pelaksanaan hukuman itu, kata Pensyarah Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS), Prof Madya Dr Mohd Noor Yazid.

Menurutnya, ia adalah satu petanda baik dan sekiranya berterusan hudud bukan sahaja dapat dilaksanakan di Kelantan malah di negara ini.

Katanya, pelaksanaan hukuman berkenaan juga akan dapat membentuk kerjasama yang kukuh antara Umno dan Pas.

“Sekiranya Umno dan Pas berjaya menyatakan persetujuan bagi pelaksanaan hukum hudud, ia akan memberikan kesan besar kepada penyatuan Melayu. Ini kerana pelaksanaan hudud menjadi keutamaan Pas sejak sekian lama,”katanya.

Sebelum ini,  Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata BN akan membuat pendirian jelas mengenai usul rang undang-undang persendirian (hukum hudud) apabila tiba waktu yang sesuai dan akan meneliti bentuk usul hukum hudud yang akan
dikemukakan Pas agar tidak bercanggah dengan hukum Islam.

Dalam pada itu Mohd Noor berkata, sebelum pelaksanaan hudud, penerangan harus dibuat sebaik mungkin supaya rakyat memahami pelaksanaannya.

“Usaha penerangan harus diadakan besar-besaran kerana ramai yang tidak faham falsafah sebenar hukum hudud.

“Mereka hanya tahu potong tangan sahaja, sedangkan pelaksanaan hukuman itu bukan senang-senang boleh dilakukan kerana perlu melalui prosesnya,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");