Membawang Hari Ini

Rabecca akui kesilapan

artis rebecca

“Saya akui melakukan kesilapan dengan berpakaian begitu. Saya baru lagi berhijrah dan akan memperbaiki kekurangan diri sedikit demi sedikit.”

Itulah komen pelakon Rabecca Nur Al Islam berhubung gambar dia berpakaian sendat ala Teletubbies dan dikritik peminat sebagai tidak sesuai dengan imej barunya yang sudah bertudung ketika menghadiri majlis hari jadi seorang rakannya, baru-baru ini.

Gambar pelakon berusia 28 tahun itu mengenakan pakaian ala ‘jump suit’ berwarna merah yang sendat dari bahagian perut ke bawah terpampang dalam Instagram sebelum disebarkan individu tertentu dipercayai pengikutnya di laman sosial berkenaan sejak kelmarin.

Sehubungan itu, ia menerima banyak kecaman termasuk ada yang menyamakannya dengan watak kartun popular dalam kalangan kanak-kanak.

Rabecca ketika dihubungi RAP berkata, baju yang dipakainya itu hanya baju biasa tetapi cara dia berdiri dalam gambar itu menampakkan dia seperti seksi.

“Sebelum ini saya berbaju kurung pun ramai yang kata saya seksi. Bagaimanapun, saya terima segala teguran dengan hati terbuka. Dalam penghijrahan ini saya masih belajar dan doakan saya supaya terus menjadi insan terbaik di sisi Allah.

“Saya ingatkan sudah lama tidak berlakon, orang dah lupakan saya. Apa pun saya berterima kasih kerana ramai yang masih prihatin dan memberikan nasihat,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Terdahulu, sebaik mengetahui gambar itu tersebar dan diperkatakan ramai termasuk disamakan dengan Teletubbies, Rabecca memuat naik foto watak kartun terbabit yang berwarna merah seperti yang disamakan pihak yang menyebarkan cerita itu di Instagram, kelmarin.

Menerusi foto itu Rabecca memaklumkan bersyukur kerana dia dan anaknya memang meminati watak kartun itu dan sedar pihak terbabit yang menyebarkannya bertujuan untuk memburukkan imejnya.

Dia yang menulis dalam bahasa Inggeris berkata, dia percaya perbuatan tidak bertanggungjawab itu dilakukan seorang daripada pengikutnya di Instagram kerana akaun itu adalah ‘private’.

Dia juga melabelkan pihak itu seorang ‘silent killer’ dan suka membuat dosa dengan dengan mudah.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");