Jenayah

Peniaga didenda RM600 miliki rokok seludup

denda

SEGAMAT – Seorang peniaga kedai runcit di Kampung Abdullah, di sini diperintahkan Mahkamah Majistret Segamat membayar denda RM600 atau penjara sebulan kerana memiliki dan menjual rokok seludup.

Pegawai Pendakwa Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Muar, Abdul Rassyidi Ab Drahman berkata, sepasukan pegawai Kastam Bahagian Penguatkuasaan Muar telah menyerbu kedai runcit milik tertuduh yang berusia 44 tahun pada 26 Mac lalu.

“Hasil pemeriksaan, kami jumpa rokokyang disembunyikan di rak kaunter jualan.

“Nilai barangan dirampas RM41.98 dan nilai cukai RM400.21,” katanya.

Abdul Rassyidi berkata, siasatan mendapati tiada dokumen pembayaran cukai atau pelepasan sah dari Kastam yang dikemukakan tertuduh bagi membuktikan barangan yang dirampas telah mendapat kelulusan daripada Kastam.

Katanya, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 dan boleh dijatuhkan hukuman denda minima RM419.81 sehingga denda maksima RM839.61 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");