Berita Hari Ini

Permaisuri Agong terima kunjungan 4 wanita pertama

permaisuri agong

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini menerima kunjungan hormat empat wanita pertama yang berada di negara ini sempena Seminar Antarabangsa Autisme 2014.

Mereka adalah isteri Presiden Republik Kyrgyz Dr Raisa Atambaeva dan Wanita Pertama Albania Odeta Nishani, isteri Presiden Republik Sri Lanka Shiranti Wickramasinghe Rajapaksa dan Wanita Pertama Maghribi Nabila Benkirane.

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor turut serta menghadap dan mengiringi kesemua pemimpin wanita itu dalam pertemuan kira-kira 30 minit di Bilik Mahkota, Istana Negara di sini.

Seminar Antarabangsa Autisme 2014 yang diadakan selama dua hari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam.

Bertemakan ‘Autisme Is Not A Tragedy, Ignorance Is’, seminar itu memberi tumpuan kepada pentingnya penyediaan program intervensi yang bermutu kepada kanak-kanak autisme.

Seminar dua hari yang diadakan buat julung kalinya di negara ini, bertujuan membangkitkan kesedaran masyarakat dan berkongsi pandangan dalam pendidikan kanak-kanak autisme di seluruh negara.

Dianjurkan oleh Program Permata dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia dan badan bukan kerajaan Autisme Speaks, sebagai landasan kepada pelaksanaan program intervensi kanak-kanak autisme dikenali Program Permata Kurnia, yang dijangka bermula Mei tahun depan.

Kesemua tetamu kehormat yang hadir turut memberi pandangan serta berkongsi pengalaman mengenai autisme di negara masing-masing. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");