Jenayah

Tampar pelajar: Guru mohon maaf

mohon maaf

MARANG – Seorang bapa bersetuju untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah apabila seorang guru memohon maaf dan membayar ganti rugi sebanyak RM10,000 selepas secara tidak sengaja mendatangkan kecederaan kepada anak lelakinya.

Bapa mangsa, Jailani Jawan, 43, berkata, pihaknya juga berhasrat membatalkan laporan polis dibuat sebelum ini termasuk tidak meneruskan tindakan undang-undang terhadap guru terbabit kerana menganggap ia telah diselesaikan cara baik.

“Jumlah ganti rugi yang diterima akan digunakan sepenuhnya untuk merawat kecederaan pada bahagian gegendang telinga kiri anak saya memandangkan kos perubatan dianggarkan menelan belanja lebih kurang RM10,000,” katanya.

Terdahulu, pada Jun tahun lalu, anaknya, Mohd Jazman, 16, mendakwa ditampar guru lelaki kira-kira jam 11 pagi selepas dituduh memancitkan tayar sebuah kereta milik seorang guru perempuan bersama beberapa pelajar lain di sebuah sekolah, di sini.

Jailani berkata, dia dan isteri, Norlaila Jusoh, 42, hanya mengetahui kejadian menimpa anak keempat daripada tujuh beradik itu apabila mangsa mengadu sakit pada bahagian telinga apabila bangun tidur.

Isterinya kemudian membawa anak mereka ke Klinik Kesihatan Gong Balai, Merchang sebelum ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk pemeriksaan lanjut dan doktor mengesahkan terdapat kecederaan pada gegendang telinganya.

Berikutan insiden itu, keluarga Jailani turut membuat laporan polis di Balai Polis Merchang dan Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan.

Mengulas lanjut, Jailani berkata, pihaknya juga membuat satu perjanjian dengan guru terbabit untuk tidak lagi mengungkit mengenai perkara itu pada masa akan datang termasuk menerima ganti rugi atas persetujuan kedua belah pihak.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");