Berita Hari Ini

TPP: Pertimbang bentuk penasihat

tpp

KUALA LUMPUR – Kerajaan mempertimbangkan cadangan beberapa ahli Parlimen membentuk kumpulan penasihat yang terdiri daripada pakar pelbagai bidang bagi membantu proses rundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pembentukan kumpulan penasihat itu bagaimanapun masih dalam perancangan awal.

“Ada yang cadangkan bahawa mungkin Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dapat menerima panduan dan nasihat pakar pelbagai bidang.

“Apabila cadangan ini kali pertama dikemukakan, saya sangka ia mudah dilaksanakan tetapi rupanya ada beberapa cabaran,” katanya dalam taklimat media mengenai TPP di Kuala Lumpur, semalam.

Sebelum ini, beberapa ahli Parlimen pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) menggesa kerajaan mewujud kumpulan penasihat memastikan kepentingan negara terjamin apabila menyertai TPP.

Sementara itu, Mustapa berkata, tiada usul rasmi dari mana-mana negara dalam rundingan TPP mengeluarkan bab-bab rumit dalam perjanjian perdagangan bebas itu.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");