Jenayah

Budak lemas dalam tali air

Lemas

SEREMBAN – Seorang murid lelaki darjah empat dipercayai lemas semasa mandi di sebuah tali air berdekatan Kampung Sentosa Senawang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.35 petang itu, mangsa Mohd Hanif, 10, dibawa keluar oleh orang awam yang berada berdekatan dengan tempat kejadian.

Pengarah Bomba dan Penyelamat negeri, Norazam Khamis berkata, sebaik sahaja pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian, mangsa didapati sudah tidak sedarkan diri, malah tidak memberi sebarang respons terhadap bantuan yang diberikan.

Katanya, bantuan pernafasan (CPR) sempat dilakukan dan mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar dengan bantuan ambulans untuk tindakan susulan.

“Semasa kejadian, mangsa bersama empat lagi rakannya yang baru sahaja pulang dari sekolah, datang ke tempat itu untuk berehat.

“Namun, mangsa secara sendirian terjun ke dalam tali air itu untuk mandi, dan tidak lama kemudian kawan mangsa ternampak mangsa terkapai-kapai seakan lemas.

“Salah seorang rakannya, memanggil orang awam yang berada berdekatan tempat itu untuk meminta bantuan, dan hasil bantuan tersebut mangsa berjaya dibawa keluar dari tempat berkenaan,” katanya.

Tambahnya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.41 petang, dan sampai ke lokasi pada jam 3.49 petang, bersama sebuah jentera serta tujuh anggota termasuk pegawai.

Katanya, hasil pemantauan yang berterusan pihaknya yakin bahawa tiada mangsa lain yang terlibat dalam kejadian tersebut, dan lokasi kejadian juga berada dalam keadaan terkawal.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");