Jenayah

Tiga samun motor berkuasa tinggi

samun motor

SERI KEMBANGAN – Tiga motosikal berkuasa tinggi bernilai hampir RM260,000 dilarikan tiga penyamun dari ruang pameran jualan sebuah kedai motosikal di Puchong Gateway, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, pemilik dikatakan menyedari premis miliknya dipecah masuk dan mendapati tiga motosikal masing-masing dua jenis Honda CBR 1000cc dan Aprillia RSV4 Factory 1000cc ‘ghaib’ di ruang pameran tersebut.

Pemilik kemudian melihat rakaman CCTV yang berada di luar premis dan mendapati tiga lelaki melakukan jenayah terbabit.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, wayar kabel CCTV dalam premis dipotong menyebabkan rakaman gerak geri suspek ketika berada dalam premis gagal dirakam.

Tiga suspek berkenaan dipercayai mengunjungi premis itu menaiki dua motosikal jenis Kawasaki 150 tanpa nombor pendaftaran dan sebuah Yamaha LC 135CC.

Semakan mendapati sebuah daripada motosikal yang dinaiki suspek didaftarkan atas nama seorang lelaki dan tidak pernah dilaporkan hilang.

“Kabel CCTV dipotong suspek menyebabkan rakaman tindak tanduk mereka ketika berada dalam kedai dan membawa lari motosikal gagal direkod,” katanya.

Beliau berkata, sepasukan polis forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bergegas ke lokasi kejadian selepas dimaklumkan.

Lapan cap jari ditemui di pintu kaca depan premis disyaki milik ketiga-tiga suspek.

Polis turut menemui sebotol minuman isotonik yang mengandungi sedikit cecair petrol.

Rantai kunci jenama motosikal, satu fius berwarna hitam dan kunci mangga pelbagai jenama  berwarna perak  dipercayai ditinggalkan suspek turut ditemui.

Kes disiasat di bawah Seksyen  457/379 (a) Kanun Keseksaan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");