Jenayah

Bluefin-21: Jejak MH370 masih belum kelihatan

terus berdoa

PERTH – AUSTRALIA. Masih tiada sebarang petunjuk setelah kenderaan dalam air automatik (AUV) Bluefin-21 merentasi 80 peratus kawasan pencarian MH370, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC).

Sebanyak 10 pesawat tentera dan 12 kapal terlibat dalam misi yang sudah masuk hari ke-10 itu.

“Bluefin-21 telah menyelesaikan 80 peratus kawasan pencarian dalam air. Tiada penemuan menarik setakat ini,” kata JACC dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) telah merancang pencarian secara visual di kawasan seluas kira-kira 37,948 kilometer persegi.

“Pusat pencarian terletak kira-kira 1584 km utara barat Perth. Kawasan itu merupakan 10 km radius sekitar Towed Pinger Locator kedua yang dikesan 8 April lalu,” kata kenyataan itu.

Terbaharu, JACC mengumumkan pencarian udara bagi mengesan pesawat MH370 terpaksa ditunda berikutan cuaca buruk di kawasan pencarian.

“Tiga pesawat telah berlepas untuk pencarian hari ini dan mereka telah dipanggil kembali.

“Keadaan cuaca yang buruk menyekat pandangan dan lautan bergelora yang membuatkan pencarian udara itu berbahaya,” kata kenyataan itu lagi.

Namun, 12 kapal yang terlibat hari ini tetap meneruskan aktiviti pencarian yang dirancang.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");