Jenayah

Polis tahan ibu tunggal miliki dadah RM44,000

dadah 1

ALOR SETAR – Polis menahan seorang ibu tunggal berumur 51 tahun dan merampas dadah bernilai RM44,000 dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Simpang Kuala di sini, Ahad lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah, Superintendan  Abd Razak Md Zin hari ini berkata, polis turut merampas dadah jenis heroin seberat 2.1 kilogram serta syabu seberat 34.5gram selepas menyerbu rumahnya pada 1.30 tengah hari.

Beliau berkata, dadah itu ditemui dalam dua bilik berasingan di rumah yang disewa suspek dan polis turut merampas wang tunai bernilai RM7,059 dipercayai hasil jualan dadah.

Katanya suspek yang tidak bekerja dipercayai menjadikan tempat tinggalnya sebagai tempat pembungkusan dadah berdasarkan penemuan alat penimbang, mesin penampal dan bungkusan plastik.

“Ketika serbuan dilakukan suspek cuba melarikan diri dengan terjun melalui beranda rumahnya yang berada di tingkat satu. Suspek yang cedera pada bahagian kaki berjaya ditahan,” katanya kepada pemberita di sini.

Abd Razak berkata suspek yang berasal dari Sabah itu turut mempunyai seorang anak perempuan berusia 14 tahun serta masih bersekolah.

Ketika serbuan dilakukan anak perempuannya itu tiada di rumah.

Katanya suspek mempunyai rekod jenayah dadah sebelum ini dan pernah ditahan pada 2008 direman seminggu sehingga 27 April ini.

“Kita percaya suspek mengambil dadah ini daripada satu sindiket dan menjual dadah tersebut di sekitar daerah Kota Setar dan kawasan berhampiran yang lain,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");