Isu Panas

Azmin, Saifuddin dipanggil tunjuk sebab?

gambar saifuddin dan azmin

Hari ini, lebih lima pemimpin kanan dan Ranting Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipanggil Jawatankuasa Aduan Pemilihan Pusat untuk memberi sebab atas salah laku yang dikesan dilakukan mereka sepanjang kempen pemilihan parti itu.

Jawatankuasa berkenaan yang diketuai Abdul Malek Hussain dikatakan telah memanggil pemimpin berkenaan hadir ke pejabat PKR di Petaling Jaya sebelum jam 5 petang ini untuk mendapatkan maklum balas daripada mereka.

Menurut sumber dalaman PKR, antara pemimpin kanan yang dipanggil jawatankuasa berkenaan ialah dua calon Timbalan Presiden, seorang calon Naib Presiden dan beberapa Ketua serta Biro Politik peringkat Ranting.

Sumber itu yang enggan memberitahu nama pemimpin berkenaan berkata, siapa orang itu sudah terang lagi nyata sebagaimana lantang mengeluarkan kenyataan dalam media sosial mahupun akhbar arus perdana kebelakangan ini.

Berdasarkan maklumat itu, pada Rabu minggu lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul dilaporkan mengeluarkan kenyataan mengumumkan Mohamed Azmin Ali dan Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan dipanggil untuk memberi penjelasan berhubung salah laku masing-masing.

Menurut Johari, Jawatankuasa Aduan itu akan melihat kenyataan Saifuddin yang menimbulkan dakwaan mengenai persengketaan antara Mohamed Azmin dan seorang lagi calon Timbalan Presiden, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kata sumber itu lagi, hari ini parti akan mendengar rayuan mereka dan aduan secara lisan serta bertulis yang diterima daripada pelapor.

Pemilihan parti bermula Sabtu ini dengan empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak akan keluar mengundi, diikuti 27 April Sarawak untuk hari kedua, Johor dan Melaka.

Pada 3 Mei pula melibatkan pengundian di Sabah, Kedah dan Perlis, manakala 4 Mei Sabah untuk hari kedua, Perak dan Pulau Pinang.

Hari pengundian bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan pada 10 Mei, diikuti hari terakhir 11 Mei khusus untuk Selangor.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");