Sukan Hari Ini

Gergasi Merah elak tumbang di Shah Alam

SG03_120414_ASAK

SELANGOR tidak rela kecundang di laman sendiri ketika melayan kunjungan Maziya Sports & Recreation dalam aksi terakhir Kumpulan F kempen Piala AFC di Stadium Shah Alam malam ini.

Biarpun pintu buat Gergasi Merah melepasi peringkat kumpulan sudah tertutup, pengendali Selangor, Mehmet Durakovic tetap menggesa barisan pemainnya merakamkan kemenangan di hadapan penyokong mereka sendiri.

“Semua jurulatih mahu kemenangan, tidak kira dalam (Liga) Super atau Piala AFC… malah saya sendiri mahu mendapatkan kemenangan biarpun dalam sesi latihan.

“Saya sedar kami sudah tidak akan layak ke pusingan seterusnya, namun ia tidak bermakna kami memandang rendah dalam perlawanan terakhir Piala AFC.

“Kami mahu meraih kemenangan demi kebanggaan Malaysia dan kami turun dengan misi mahu menang, bukan sekadar melengkapkan jadual Piala AFC,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Shah Alam semalam.

Mehmet dijangka memberi peluang kepada beberapa pemain simpanan untuk beraksi menentang wakil Maldives itu selepas beberapa tonggak utama Gergasi Merah masih ditimpa masalah kecederaan.

“Kita tengok dan lihat perkembangan pemain-pemain ini. Saya mungkin akan memberikan peluang kepada pemain-pemain lain.

“Andik (Vermansyah) masih ditimpa kecederaan kaki, Paulo (Rangel) masalah kecederaan pangkal paha dan beberapa lagi pemain utama Selangor turut mengalami nasib yang sama,” katanya.

Ketika diminta mengulas mengenai kehadiran pemain baharu, Muhammmad Nazmi Faiz Mansor, Mehmet berkata: Saya tahu dia adalah seorang pemain yang bagus. Banyak cerita saya dengar mengenainya.

“Bagaimanapun, dia tetap akan dilayan seperti pemain-pemain lain yang mana tiada jaminan untuk Nazmi beraksi dalam kesebelasan utama,” jelasnya.

-Kosmo

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");