Sukan Hari Ini

Tiada jaminan Nazmi sertai kesebelasan utama

images
Shah Alam: Jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic menegaskan tiada jaminan 100 peratus buat pemain yang baru dibeli dari PKNS FC, Nazmi Faiz Mansor dalam kesebelasan utama skuad bimbingannya.

Sebaliknya Nazmi, 20, yang menandatangani kontrak dua setengah tahun, kelmarin perlu berusaha keras dalam sesi latihan yang disertainya mulai semalam untuk membuktikan dirinya memang layak mengemudi jentera tengah Selangor pada baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia, musim ini.

“Saya tahu Nazmi seorang pemain yang cukup bagus. Saya mendengar banyak perkara positif mengenainya, tetapi sama seperti pemain lain, tiada siapa yang terjamin tempat mereka dalam kesebelasan utama.

“Jika dia menampilkan persembahan yang baik, sudah tentu dia akan mendapat tempat. Harap dia terus mahu belajar apabila bersama pasukan ini dan mampu menjadi pemain yang lebih baik dengan bantuan pemain lain yang lebih berpengalaman.

“Dia memiliki masa depan cukup cerah,” kata Durakovic pada sidang media pra-perlawanan menjelang aksi terakhir Kumpulan F, Piala AFC 2014 bertemu kelab Maldives, Maziya di Stadium Shah Alam, semalam.

Masa depan cerah

Kehadiran Nazmi tepat pada masanya kerana Durakovic kini hanya mempunyai Steve Pantelidis, S Veenod dan Shukur Jusoh di posisi tengah berikutan K Gurusamy terpaksa berehat enam bulan selepas menjalani pembedahan lutut ACL, baru-baru ini.

Namun Nazmi tidak boleh diturunkan pada aksi bertemu Maziya di Stadium Shah Alam yang diubah sepak mulanya dari jam 6 petang ke jam 8.45 malam ini dan hanya bakal membuat penampilan sulung bersama Selangor pada aksi Liga Super bertemu Terengganu di gelanggang sama, 4 Mei ini.

– Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");