Sukan Hari Ini

The Red Warriors huni tangga tercorot

bola 13

Kuala Lumpur: Hajat Kelantan untuk mengelak daripada menghuni tangga tercorot Kumpulan G saingan Piala AFC tidak kesampaian apabila wakil negara itu tewas besar 4-0 di tangan South China di Stadium Mong Kok, Hong Kong, malam tadi.

Kelantan hadir di Hong Kong tanpa khidmat jurulatih Steve Darby apabila dipecat selepas The Red Warriors diaibkan Sime Darby dengan keputusan 0-4 dalam aksi Liga Super sebelum ini.

Aksi longlai dipamerkan anak buah pengendali sementara, Zahasmi Ismail di awal permainan pantas dihukum barisan serangan South China yang menguasai penuh aksi di babak pertama.

Dua awang importnya Dhiego Martins dan Andrew Barisi meletakkan pasukan tuan rumah di depan pada minit ke-20 hasil gerakan satu dua untuk memerangkap Khairul Fahmi Che Mat di pintu gol.

Bersambung babak kedua, Andrew menambah dua lagi gol (minit ke-74 dan 92) manakala Lo Kong Wai melengkapkan pesta pasukannya dengan jaringan minit ke-81.

Sementara itu, dalam satu lagi pertemuan, wakil Vietnam, Ninh Binh mengutip tiga mata penuh apabila menundukkan Yangon United 4-1 buat menjuarai Kumpulan G dengan mengumpul 16 mata manakala Yangon United muncul naib juara.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");