Jenayah

Penjara 6 bulan ugut bunuh isteri

ugutan jenayah

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara selama enam bulan setelah mengaku bersalah melakukan ugutan jenayah dengan mengacu sebilah parang ke leher isterinya di kediaman mereka di Kampung Padang Palas, di sini, 28 Disember tahun lalu.

Tertuduh, Mohd Rodziman Ibrahim, 35, yang tidak diwakili peguam mengaku bersalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan di hadapan Majistret Rozianti Mohd Hanaphi sebaik pertuduhan dibacakan ke atasnya, semalam.

Seksyen 506 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mohd Rodziman yang bekerja sebagai buruh mengaku meletakkan sebilah parang di leher isterinya, Mimi Zahaimila Muda, 29, dengan niat menakutkan isterinya itu.

Dia yang sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 8.10 malam ketika isterinya berada di rumah.

Selain mengacukan sebilah parang, tertuduh juga didakwa mengugut mahu membunuh dan mencederakan isterinya serta turut meminta sejumlah wang.

Bimbang keselamatan diri kerana sering dimarahi dan diperlakukan sedemikian rupa, mangsa membuat laporan polis pada hari yang sama.

Tertuduh ditahan di hadapan kediamannya pada 31 Disember tahun lalu oleh anggota polis dari Balai Polis Chabang Tiga sebelum dibawa ke IPD Kuala Terengganu untuk siasatan lanjut.

Antara barang kes yang diperoleh ialah sebilah parang sebagaimana yang ditunjukkan tertuduh ketika soal siasat dan gambar ugutan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang dihantar tertuduh kepada isterinya.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna sementara siasatan kes dijalankan Inspektor Nurul Badriah Mohamed Isa.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");