Jenayah

Premis jual barang tiruan diserbu

brg tiruan

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri menyerbu sebuah premis perniagaan di kawasan Perindustrian Silibin, di sini, semalam kerana didapati memasarkan penghidup lampu kalimantang atau starter tiruan.

Timbalan Pengarah KPDNKK negeri, Mohd Khalis Kasim berkata, serbuan dilakukan berdasarkan aduan sebuah syarikat elektronik terkenal yang mendakwa terdapat pengedar memasarkan barangan tiruan menggunakan jenama syarikat terbabit.

“Atas maklumat itu, satu serbuan dilakukan di Kawasan Perindustrian Silibin pada jam 12.30 tengah hari, semalam bersama empat pegawai dan tiga wakil syarikat terbabit.

“Kita berjaya merampas 45, 600 starter  lampu bernilai RM45, 600 dan hasil pemeriksaan mendapati barangan terbabit adalah tiruan,”  katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mohd Khalis berkata,  perbezaan ketara dapat dilihat pada starter tiruan itu termasuk warna tulisan jenama yang berbeza, komponen di dalamnya dan ciri-ciri luaran alat ganti berkenaan.

Menurutnya, hasil siasatan sumber KPDNKK pula, mendapati barangan itu dibekalkan dari Kuala Lumpur dan dipasarkan di Perak.

“Disebabkan starter itu tidak diimport secara terus, kami memerlukan lebih masa untuk periksa negara mana yang bertanggungjawab menghasilkannya.

“Kita juga cuba dapatkan maklumat daripada peruncit namun seperti yang katakan tadi, ia akan memakan masa,” katanya.

Mohd Khalis turut menyatakan pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sama ada kepada peruncit atau pemborong yang menawarkan produk tiruan.

Katanya, KPDNKK menasihatkan pengguna agar tidak membeli barangan elektrik tiruan atau menggunakan perihal dagangan palsu kerana berisiko menyebabkan kebakaran.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");