Membawang Hari Ini

Skool Of Lawak: Pelajar terbaik?

skool of lwak

JIKA dua minggu lalu, menyaksikan Chot, Zam dan Kecik dari kumpulan Seroja, dipilih sebagai tampuk juara mingguan pelajar terbaik dan berjaya menambat hati juri dengan persembahan mantap, namun kali ini hanya Zam yang layak mengharungi pusingan akhir.

Meskipun sedih menyaksikan penyingkiran dua rakannya itu, Zam bagaimanapun tetap bersyukur kerana dia masih dapat meneruskan perjuangan menerusi pentas final Skool Of Lawak.

Menurut Zam, dia masih mengharapkan sokongan dan undian daripada orang ramai, sementelah dia agak tertekan kerana kesuntukan masa untuk melakukan persediaan.

“Hari-hari saya tidur lewat untuk cari bahan yang sesuai untuk persembahan saya, jadi untuk Final ni saya tak nak tertekan sangat. Saya nak ‘enjoy’ untuk final show ni,” katanya yang berjaya meraih undian tertinggi, iaitu sebanyak 43 peratus.

Berusaha melakukan yang terbaik, Zam berharap persembahannya pada malam final nanti dapat membuka hati juri dan juga penonton.

“Saya cuba belajar dan terapkan apa yang diajar, untuk memberikan sebuah sketsa yang hebat sekali gus menguasai pentas terutamanya menangani perasaan gugup ketika berhadapan dengan penonton.

“Alhamdulillah, saya sudah tidak malu lagi untuk beraksi di hadapan umum. Dengan ilmu bagaimana cara untuk buat lawak dan mengutamakan interaksi dengan penonton, saya yakin dapat melakukan yang terbaik untuk final nanti. InsyaALLAH ada
kejutan nanti,” katanya.

Meskipun program realiti ini kurang popular berbanding program lawak lain, Zam tetap optimis meneruskan perjuangan dan yakin Skool Of Lawak, kerana menurutnya, program ini mampu melahirkan artis komedi serba boleh yang mempunyai kelas dan standard tersendiri.

“Saya yakin menerusi program ini, pelajar dapat menjadi pelapis kepada generasi baru untuk memartabatkan arena lawak di Malaysia.

“Saya harap dapat beraksi dengan baik untuk minggu terakhir ini. Komen daripada setiap juri j banyak bantu saya untuk menilai kelemahan persembahan sendiri,” katanya.

Selain Zam, lima lagi pelajar Fiza, Yus, Azmi, Mael dan One akan beraksi di pentas akhir Skool Of Lawak. Persembahan mereka akan dinilai tiga juri tetap iaitu Mamat Khalid, Rosyam Nor dan Prof Razak Mohaideen yang membawa 70 peratus pemarkahan, sementara 30 peratus lagi berdasarkan undian penonton.

Dihoskan oleh Jep Sepahtu dan Johan, final Skool of Lawak, bakal bersiaran Jumaat, jam 10 malam, secara langsung dari Studio Satu, Astro menerusi saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134).

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");