Jenayah

Tarikh pada gambar dipersoal

gmbr dipersoal

RAUB – Tarikh pada gambar yang diambil seorang saksi pendakwa raya sebagai bahan bukti dalam perbicaraan mahkamah ke atas empat individu yang mengaku tidak bersalah melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012 menentang penggunaan sianida dalam lombong emas 2 September, dua tahun lalu dipersoal peguam bela.

Peguambela kepada tertuduh, Mohd Harris Abdullah mempersoalkan tarikh yang tertera pada gambar terbabit iaitu 3 September 2012, sehari selepas perhimpunan berlangsung.

Saksi yang dikemukakan pendakwa raya Ahmad Fariz Abdul Halim bagaimanapun gagal menjelaskan tentang fungsi tarikh yang tertera terbabit.

Sebaliknya anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, Melaka yang bertugas sebagai jurugambar pada hari kejadian menegaskan gambar terbabit diambil pada hari kejadian.

Hakim Mahkamah Sesyen Raub, Shahrizat Ismail kemudiannya memutuskan untuk menangguh perbicaraan pada 21 Mei, 3 dan 4 Jun nanti.

Kesemua tertuduh iaitu Wong KinHoong, 65; Tengku Shahadan Tengku Jaafar, 61; Liew Chee Cheong, 43, dan Chan Lai Yong, 32, hadir perbicaraan semalam.

Kin Hoong dan Tengku Shahadan didakwa melakukan perarakan dari Kompleks Sukan Majlis Daerah Raub ke hadapan Bangunan Gunasama Persekutuan Raub antara jam 2 petang hingga 4.30 petang ketika menjayakan Himpunan Hijau Raub, 2 September dua tahun lalu.

Kin Hoong yang juga Pengerusi Himpunan Hijau Raub dan Tengku Shahadan sebagai Timbalan Pengerusi Himpunan Hijau Raub didakwa di bawah Seksyen 15(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Chee Cheong dan Lai Yong didakwa di bawah Seksyen 4(2)(f) Akta Perhimpunan Aman 2012.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");