Jenayah

‘Letupan bom’ kejutkan penduduk

letupan bom

IJOK – Bunyi kuat seperti letupan bom mengejutkan penduduk Kampung Jalan Keretapi Lama, Bukit Badong selepas dilanda angin kencang dan hujan lebih dua jam kira-kira jam 430 petang, kelmarin.

Mangsa, K Tamil Vanan, 26, berkata, sebelum kejadian dia berada di dalam bilik mandi dan terdengar jeritan ibunya.

Menurutnya, terkejut dengan jeritan itu dia segera keluar dari bilik mandi dan dapatkan ibunya yang ketika itu berada di ruang tamu.

“Terkejut saya tengok bumbung di ruang tamu dan dapur diterbangkan angin hingga nampak langit. Takut kami tengok angin kencang dan ribut di luar rumah.

“Saya terus bawa lari adik perempuan dan ibu ke dalam bilik utama untuk berlindung,” katanya.

Seorang lagi mangsa, R Suriyamurthi, 25, berkata, rumahnya tak terkecuali berdepan musibah angin kencang itu apabila bumbung rumah diterbangkan angin sehingga menampakkan bahagian dalam rumah.

Menurutnya, ketika kejadian dia sedang berehat sebelum dikejutkan dengan bunyi kuat yang datang dari arah sebelah depan rumah.

“Saya tak tau bunyi apa sebab kuat sangat. Bila tengok, saya terkejut tengok bumbung dah terbang dan tak lama lepas itu hujan lebat. Tak sempat nak buat apa-apa, nak alihkan perabot pun tak dapat.

“Habis semua barang rosak bila air melimpah masuk dalam rumah,” katanya yang turut membuat laporan di balai polis berhampiran.

Sementara itu, musibah yang melanda komuniti India itu turut mendapat perhatian Pejabat Kerja Adun Ijok dan Penghulu Mukim Api-Api/Ijok, Husain Idris sebelum kunjungan dibuat semalam.

Husain berkata, pihaknya dimaklumkan berhubung insiden itu kira-kira jam 6.30 petang oleh pegawai Pejabat Kerja Adun Ijok sebelum membuat lawatan lanjut ke rumah mangsa.

Menurutnya, pada awalnya laporan mendapati sebanyak tujuh rumah terlibat dalam kejadian ribut itu  bagaimanapun selepas diselidik, hanya tiga rumah saja yang betul-betul memerlukan bantuan.

“Saya akan panjangkan permohonan bantuan kewangan tabung bencana kepada pihak berkenaan manakala lain-lain bantuan seperti baik pulih bumbung kepada Pejabat Kerja Adun Ijok,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");