Sukan Hari Ini

Kim Swee congak strategi

kim swee

PENJAGA gol Pahang, Khairul Azhan Khalid dijangka menjadi pilihan utama untuk mengawal gawang Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan menentang Filipina pada Ahad ini.

Jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee berkata, beliau sedang memantau rapi perkembangan mentaliti beberapa pemain sebelum mengumumkan skuad utama ketika bertemu skuad The Azkals itu.

Khairul Fahmi Che Mat yang sinonim sebagai penjaga gol No. 1 negara menerima tamparan hebat selepas Kelantan tewas 0-4 kepada South China dalam kempen Piala AFC kelmarin.

Selain Khairul Fahmi, pilihan kedua, Farizal Marlias direhatkan selepas Selangor menentang Maziya Sports & Recreation di Stadium Shah Alam semalam.

“Selain masalah kecederaan dan kecergasan, saya juga memantau perkembangan mentaliti setiap pemain.

“Sudah tentu, bagi mana-mana penjaga gol pun, motivasi mereka sedikit terjejas jika dibolosi banyak gol dan saya memerhati setiap perkembangan pemain saya.

“Namun, saya akan membuat penilaian terakhir selepas ketibaan pemain Selangor dan Kelantan esok (hari ini) sebelum saya membuat keputusan terakhir untuk menamakan skuad utama,” katanya ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Dalam perkembangan sama, pengendali kelahiran Melaka itu menegaskan, beliau tidak akan memberikan tumpuan kepada 17 pelatih Harimau Malaya semata-mata dengan mengabaikan barisan pemain Selangor dan Kelantan yang beraksi di pentas Piala AFC.

“Seperti yang saya katakan tadi, saya tak boleh kata bahawa 17 pelatih yang beraksi di sini akan mendapat keutamaan.

“Saya harus menilai setiap pemain sebaik kesemua pelatih termasuk pemain Kelantan dan Selangor yang kembali bersama kem skuad negara sebelum memutuskan siapakah layak beraksi di Filipina nanti,” katanya.

-Kosmo

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");