Sukan Hari Ini

Dua awang import baru sertai Perlis

bola perlis

Kangar: Ketua jurulatih Perlis Reduan Abdullah mengesahkan lima pemain baru termasuk dua awang import dibawa masuk menerusi jendela perpindahan kedua bagi mengharungi saingan Liga Perdana.

Reduan berkata, nama kelima-lima pemain terbabit sudah dikemukakan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) baru-baru ini untuk didaftarkan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebagai anggota keluarga baru skuad berkenaan.

Beliau berkata, kehadiran kedua-dua awang import baru amat diperlukan bagi menggantikan pemain import yang beraksi sebelum ini apabila dilihat gagal memberikan persembahan terbaik.

Tiga pemain tempatan yang turut didaftarkan untuk mengganti pemain yang berdepan masalah kecederaan serta prestasi kurang meyakinkan.

“Kita tidak ada pilihan selepas menyaksikan pemain import disenaraikan sebelum ini kurang menyumbang kepada pasukan.

“Kami juga terpaksa mengambil pemain baru tempatan bagi menggantikan mereka yang mengalami kemerosotan prestasi dan kecederaan yang memerlukan masa lama untuk pulih,” katanya.

Kedua-dua awang import baru itu pemain Maghribi, Mourad Faris yang beraksi di bahagian serangan tengah dan Bamba Valy Sinaly dari Ivory Coast selaku penyerang.

“Mourad sebenarnya sudah disenaraikan pada awal musim ini tetapi tidak dapat diturunkan disebabkan masalah teknikal berikutan gagal memperoleh Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC).

“Bamba Valy pula dibawa masuk bagi menggantikan penyerang dari Argentina, Gonzalo Goravano yang ditamatkan khidmatnya selepas gagal mempamerkan prestasi memberangsangkan,” katanya.

Reduan berkata, dua awang import yang masih dikekalkan khidmat mereka untuk mengemudi skuad itu ialah pertahanan Thailand, Wittawin Clowuttiwat dan penyerang dari Ivory Coast, Dao Bakary.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");