Jenayah

Janda miliki heroin, syabu RM44,000 ditahan

jenayah

Alor Setar: Seorang ibu tunggal berusia 51 tahun ditahan memiliki heroin dan syabu bernilai RM44,000 pada Ahad lalu.

Suspek yang disyaki terbabit mengedar dadah ditahan ketika cuba melarikan diri dalam keadaan terhencut-hencut selepas dikatakan terjun pada ketinggian kira-kira empat meter, dari tingkat dua sebuah pangsapuri di Simpang Kuala, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah, Superintendan Abd Razak Md Zin, berkata dalam serbuan jam 1.30 tengah hari itu, pihaknya merampas 2.1 kilogram heroin dan 34.5 gram syabu.

Katanya, semua dadah itu dirampas di dua bilik berasingan dalam rumah dipercayai milik suspek di tingkat satu pangsapuri terbabit.

Beliau berkata, selain dadah pihaknya turut merampas wang tunai RM7,059 dipercayai milik suspek disyaki diperoleh hasil jualan dadah di dalam rumah sama.

“Siasatan awal suspek yang berasal dari Sabah dan menetap di Kedah, dikesan mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah dan pernah ditahan pada 2008 lalu.

“Kita juga menyiasat kemungkinan suspek menganggotai sindiket dadah terancang yang aktif menjalankan kegiatan mengedar dadah di negeri ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri Kedah di sini, semalam.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");