Sukan Hari Ini

Bekalan belum cukup `real’

web-madrid-1-getty

MADRID: Real Madrid membawa bekalan cukup makan biarpun menang 1-0, ke atas Bayern Munich, pada saingan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, di Stadium Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.

Dengan hampir keseluruhan perlawanan dikuasai pelawat, Real Madrid perlu memastikan mereka mampu mengekalkan keputusan berkenaan apabila bertemu semula Bayern Munic di Stadium Arena, di Munich, 30 April ini.

Jaringan pembukaan tuan rumah bermula di minit ke-19, apabila Ronaldo menyambut baik hantaran Pepe di tengah padang, melorongkannya kepada Coentrao yang kemudian melakukan hantaran silang sebelum disempurnakan Karim Banzema.

Biarpun tersentap dengan jaringan awal tuan rumah, barisan Bayern Munich tetap menyengat, terutama gerakan merbahaya daripada Robben.

Pemain antarbangsa Belanda itu sering membuatkan pertahanan Real Madrid agak kelam-kabut sehingga seolah-olah pelawat menguasai perlawanan.

Babak kedua perlawanan masih menyaksikan penguasaan pasukan pelawat.

Serangan bertali-arus dan tekanan membuatkan tuan rumah agak lemas sehinggalah pada minit akhir perlawanan apabila berlaku sedikit kontroversi antara Thomas Muller dan Xavi Alonso.

Muller mendakwa dia sepatutnya mendapat penalti berikutan dijatuhkan oleh Alonso dalam kotak penalti.

Bagaimanapun, pengadil perlawanan, Howard Webb tidak membenarkannya sehingga ke tamat perlawanan.

REAL MADRID: Casillas, Pepe, Ramos, Coentrao, Ronaldo, Benzema, Alonso, Carvajal, Modric, Di María, Isco

BAYERN MUNICH: Neuer, Dante, Ribery, Mandzukic, Robben, Rafinha, Boateng, Lahm, Alaba, Schweinsteiger, Kroos.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");