Perak Hari Ini

AIU Akan Beroperasi Seperti Biasa: Idris

idris1

“Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) telah menarik semula kenyataan penutupan dan ia akan terus beroperasi seperti biasa,” demikian tegas Menteri Pendidikan II, Datuk Idris Jusoh.

Katanya, universiti itu akan terus beroperasi berdasarkan surat rasmi yang dikeluarkan oleh pihak universiti, semalam.

“Pihak kementerian sentiasa memantau perkara ini supaya ia tidak melanggar Akta 555 IPTS yang termaktub bagi universiti swasta,” tegasnya.

Ujarnya lagi, hasil perbincangan yang dilakukan, pihak pengurusan bersetuju untuk menarik balik penutupan tersebut.

“Sebab dan alasan penutupan tersebut tidak perlu dipersoalkan lagi kerana universiti tersebut akan meneruskan operasinya seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Wacana Intelektual 2014 ‘Renaisans Melayu’ di Ipoh, hari ini.

AIU dikenali sebagai sebuah universiti yang banyak mengubah kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana beroperasi secara wakaf iaitu tidak mengenakan sebarang bayaran kepada penuntut yang rata-rata daripada golongan susah dari seluruh dunia.

Sementara itu, beliau turut menyeru agar semua masyarakat khususnya Melayu untuk menerapkan nilai-nilai positif supaya lebih dinamik, maju dan mampu bersaing dengan kaum yang lain.

Tegasnya lagi, masyarakat Melayu merupakan majoriti rakyat yang bakal memberi sumbangan yang besar kepada kemajuan negara kelak.

Jelasnya lagi, kebangkitan sesuatu bangsa perlu berasaskan nilai-nilai bangsa itu sendiri seperti berilmu, berani, rajin dan cemerlang, tekun dan pengasih.

“Ilmu merupakan asas kepada segala-galanya, berani untuk menempatkan diri dalam bidang keusahawanan, rajin semestinya perlu dan kecermelangan perlu dipupuk di peringkat global dan pengasih pula perlu supaya negara terjaga perpaduannya,” ujarnya lagi.

Beliau turut mengulas mengenai kaedah pengajaran dan pembelajaran yang dilihat perlu menitikberatkan soal pengajaran kepada pemudah cara dalam sistemnya kelak.

“Lebih mustahak ialah pembelajaran dan peranan guru perlulah menekankan kepada elemen pengajaran ‘Facilitating’ atau pemudah cara,” katanya.

Penggabungan kepada elemen pemudah cara tersebut jelasnya, masih di dalam proses perbincangan semua pihak dan belum lagi dikaji secara mendalam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");