Jenayah

Mati cuba selamat anjing

mati

Penampang: Cubaan kali kedua seorang peguam menyelamatkan anak anjingnya yang baru lahir di dalam lubang kecil menemui ajal selepas terperangkap di dalam lubang berkenaan dalam kejadian di Kampung Pisang Babah, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian pada jam 1 petang itu, mangsa Jay Jeffrey Linjungan, 27, ditemui di dalam lubang oleh adik mangsa dalam jarak lebih kurang 20 meter dari rumah mangsa.

Difahamkan, sebelum kejadian pada Selasa lalu, mangsa dipercayai menyelamatkan dua ekor anak anjingnya yang terperangkap di dalam lubang dan semalam mangsa sekali lagi cuba menyelamatkan seekor lagi anak anjing yang terperangkap namun gagal.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Ratan Kumar Singh ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan mendapati mangsa lemas selepas terperangkap di dalam lubang ketika cuba menyelamatkan beberapa anak anjing milik mangsa.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai cuba menyelamatkan anak anjing namun gagal untuk keluar dari lubang dan hanya disedari oleh adik mangsa sebelum dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE).

“Bagaimanapun mangsa dipercayai sudah meninggal dunia sebelum tiba di hospital berkenaan,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");