Membawang Hari Ini

Sambutan hangat di Melaka!

hangat di melaka

LEBIH 4,000 penonton membanjiri pekarangan Mydin MITC, Melaka seawal jam 11 pagi hingga 5 petang bagi memeriahkan siri kedua Jelajah Komedi Sinar bersama Kawan Paratha, baru-baru ini.

Selain penyampai Sinar FM, siri jelajah ini turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan pelawak seperti Jep, Shiro, Jambu dan Bocey. Turut berkongsi pentas adalah penyanyi undangan Ramlah Ram dan Alyah.

Pengurus Kandungan Stesen Sinar FM, Rizal Sahimy berkata, pihaknya berterima kasih di atas sokongan yang diberikan.

“Sambutan di Melaka sangat meriah! Orang Melaka sangat sporting dan tidak putus-putus memberi sokongan padu kepada siri jelajah ini,” katanya.

Menurutnya, acara jelajah seperti ini turut memberi peluang kepada semua penyampai Sinar FM untuk turun padang dan bertemu dengan peminat selain hanya mendengar suara mereka di radio.

“Penyatuan penyampai dan pelawak-membolehkan mereka memberi nasihat berguna serta bermanfaat melalui komedi selain berhibur.

“Kami di Sinar FM akan terus menjadi stesen radio yang memperjuangkan kehendak pendengar dan cuba memberikan yang terbaik,” katanya.

Siri Jelajah Komedi Sinar bersama Kawan Paratha bakal bersambung dan akan menutup tirai di Planet Gempak Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 26 April ini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");