Isu Panas

Tuduh UMNO Tolak Hukum Hudud Isu Lapuk Yang Diputar Kembal

hudud

Tuduhan pihak tertentu bahawa UMNO menolak hukum hudud bukan sahaja isu lapuk malah sejak sekian lamanya isu berkenaan dimainkan dan ditohmah kepada parti yang menunjangi pemerintahan negara hari ini.

Ironinya jika betullah hudud itu menjadi keutamaan kepada Pas, sepatutnya Pas sudah lama melaksanakan khususnya di Kelantan tanpa mengambil kira sebarang kekangan termasuklah anggota pakatan sendiri iaitu Dap dan PKR.

Ketika perkara ini diajukan kepada pendakwah bebas Ustaz Jamil Long, beliau berpandangan UMNO yang menunjangi kerajaan hari sebenarnya sama sekali tidak pernah menolak hudud apatah lagi menentang hukum Allah s.w.t.

“Menolak, menentang atau tidak melaksanakan kerana kekangan tertentu adalah perkataan yang membawa makna yang berbeza dan tindakan pihak tertentu yang menuduh sedemikian rupa adalah satu perkara yang tidak sepatutnya.

“Bagi saya UMNO bukannya menolak malah jauh sama sekali menentang hukum Allah s.w.t itu. Isu ini dah berkurun lamanya dimainkan, hari ini bergema kembali dan saya melihat UMNO menjadi mangsa tuduhan dan tohmahan semata-mata,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Menurut beliau dari segi Maqasid Syariah (agama, nyawa, akal, maruah dan harta benda) bukankah UMNO yang menunjangi pemerintahan negara telah melakukan yang terbaik serta komited dari sudut pelaksanaanya.

Malah jika diperhatikan dari sudut tuntutan Islam lain pula, kerajaan telah membuat perancangan serta pelaksanaan yang sebaik mungkin demi pembangunan ummah sejagat.

“Dalam konteks hukum Hudud pula, apakah pemahaman masyarakat mengenainya cukup jelas, apakah persediaanya sudah diteliti kerana akhirnya nanti Islam itu yang akan menjadi tumpuan umum.

“Sebab itu bagi saya, menuduh UMNO menolak hukum Allah s.w.t adalah satu tuduhan lapuk yang kini diulang kembali dan saya percaya kekangan Pas dalam soal ini adalah sekutu mereka.

“Justeru saya amat berharap janganlah dipolemikkan berterusan isu tersebut kerana akhirnya nanti ianya dikhuatiri tidak akan kemana dan merugikan bangsa kita dengan melihat Islam direndahkan,” katanya.

– MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");