Sukan Hari Ini

Tiada maaf bagimu

su_01.1

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) harus mengenakan hukuman berat terhadap bekas pengurus pasukan Johor Darul Takzim II (Johor DT II), On Jabbar yang bertindak menumbuk pengadil perlawanan, Sukri Abdul Rahman pada Sabtu lepas.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, walaupun On telah dilucutkan jawatan dan didenda sebanyak RM25,000 oleh pihak pengurusan persatuan berkenaan, namun tindakan yang dilakukannya adalah terlalu berat dan memalukan.

“Kesalahan yang dilakukan adalah berat, malah sebagai seorang penjawat awam, dia sepatutnya menunjukkan contoh terbaik kepada penyokong.

“Sekiranya tidak berpuas hati, beliau tidak boleh mengambil tindakan sebegitu,” tegas Khairy selepas merasmikan majlis penutupan Simposium Kejurulatihan Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) di Seri Kembangan, Serdang, Selangor semalam

On mencetuskan gempar pada Sabtu lepas apabila menumbuk muka pengadil, Sukri Abdul Rahman selepas tamat perlawanan antara pasukan Johor DT II dengan UiTM FC di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) yang berkesudahan seri 2-2.

Kejadian tercetus ketika pemain kedua-dua pasukan hendak meninggalkan padang dan On tiba-tiba menumbuk muka Sukri sebelum mereka disuraikan dan dibawa keluar padang dengan diiringi pihak polis.

– Kosmo

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");