Membawang Hari Ini

Hafiz Suip: Tuduhan mengarut!

hafiz 2

JIKA diteliti pencapaian karier nyanyiannya, Hafiz Suip bukanlah lagi penyanyi yang boleh dikaitkan dengan bakat ‘mi segera’ yang lahir daripada program realiti semata-mata, malah kejayaannya hari demi hari membuktikan dia bukanlah calang-calang.

Namun dalam sibuk mencipta nama, Hafiz juga tidak pernah terlepas dikaitkan dengan cerita-cerita nakal apabila ada yang mengatakan dirinya menggunakan ilmu hitam sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tawaran nyanyian juga memenangi pelbagai anugerah.

“Tuduhan ini memang mengarut. Kalau saya gunakan ilmu hitam, saya rasa hari ini saya sudah tidak menyanyi sebab kalau kita nak cari rezeki biarlah cara yang betul dan diberkati.

“Apa yang saya ada hari ini, semuanya atas titik peluh saya sendiri selain doa daripada ibu bapa saya,” ujarnya ketika ditemui pada persembahan sempena Minggu Setiausaha, ‘A Golden Moment with Hafiz’ di Pusat Konvensyen Matrade, Kuala Lumpur, Selasa lalu.

Lebih teruk lagi, Hafiz bukan sahaja dituduh menggunakan ilmu hitam, malah dia turut didakwa terlibat dengan pengambilan dadah.

Cerita kurang enak itu mula timbul setelah penampilan fizikalnya yang dilihat semakin kurus.

Tidak terkejut dengan dakwaan itu, Hafiz bagaimanapun menafikannya dan menjelaskan tujuan dia menurunkan berat badan adalah untuk menjaga penampilan yang lebih bersesuaian.

“Biasalah, bila ada orang lihat kita gembira, mulalah ada yang tidak suka. Saya tahu kesan dan risiko yang akan berlaku jika saya ambil dadah, jadi kenapa saya mahu rosakkan karier yang telah saya bina dengan titik peluh saya sendiri.

“Kalau masih ada lagi pihak yang tidak percaya, saya bersedia untuk membuat ujian air kencing. Saya berani sebab saya memang bersih,” tegasnya.

Baiki kelemahan

Beralih pada persembahan Minggu Setiausaha, Hafiz akui cukup teruja dan berpuas hati menghiburkan lebih kurang 400 peminatnya, Selasa lalu.

Biar pun kali pertama terlibat dengan persembahan Minggu Setiausaha, namun Hafiz berjaya menghiburkan keseluruhan tetamu yang hadir.

“Saya gembira kerana diberi kepercayaan untuk hiburkan peminat sempena persembahan Minggu Setiausaha. Barulah hari ini saya rasa menjadi sebagai seorang penghibur.

“Memandangkan ini kali pertama, saya turut akui ada beberapa kelemahan yang perlu saya perbaiki. Bila dikerumuni peminat ketika membuat persembahan, saya sedikit gugup sehingga tersalah lirik.

“Memang saya tidak sangka sambutan peminat begitu meriah,” katanya sambil tersenyum.

Pada persembahan yang dihoskan oleh pelakon dan pelawak, Afdlin Shauki itu, Hafiz sempat mendendangkan lagu seperti Awan Nano, medley lagu-lagu Allahyarham Sudirman Arshad (Pelangi Petang, Perpisahan Terasing, Salam Terakhir), lagu cover All of Me nyanyian John Legend serta Bahagiamu Deritaku.

Selain itu, Hafiz turut menyanyikan dua lagu duet, Ombak Rindu dan Muara Hati bersama penyanyi jemputan, Adira.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");