Jenayah

Banjir Kilat Di Raub, 56 Dipindahkan

PG03_020712_BANJIR_RUMAH

KUANTAN: Sebanyak 56 orang daripada 18 keluarga di daerah Raub dipindahkan ke tiga pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka mula dinaiki air pagi Khamis.

Hujan lebat sejak awal pagi menyebabkan bacaan paras air di Sungai Batu Malim meningkat kepada 116.40 meter dan melepasi amaran tahap ketiga.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Wan Mohd Shamsudin Wan Osman berkata mangsa mula dipindahkan pada 9.30 pagi.

“Sehingga jam 8 malam tadi, seramai 35 mangsa daripada 13 keluarga dari Kampung Kuala Semantan dipindahkan ke Masjid Jamek, empat mangsa daripada dua keluarga dari Kampung Ria, Cheroh dipindahkan ke Balai Raya Kampung Ria.

“Sementara itu, 17 lagi mangsa banjir daripada tiga keluarga dari Kampung Tersang dipindahkan ke Balai Raya Kampung Tersang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini Khamis.

Beliau berkata, sehingga jam 9.10 malam ini bacaan air di Sungai Batu Malim surut kepada 113.90 meter.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");