Sukan Hari Ini

Hoki: Kami sudah sedia

image (5)
Faizal (kanan) tekad merebut tempat dalam kesebelasan utama negara pada kejohanan CC1 di Kuantan bermula esok:-

PENYERANG hoki negara, Faizal Saari mengakui dia dan rakan sepasukan yang lain bersemangat tinggi untuk merebut tempat pada kejohanan Cabaran Juara-Juara 1 (CC1) di Kuantan, Pahang, yang akan membuka tirai esok.

Menurutnya, beliau juga sudah tidak sabar untuk turun menampilkan prestasi yang lebih sempurna buat penonton khususnya kepada peminat hoki negara.

“Kami telah berlatih bersungguh-sungguh kerana kami mahu menampilkan prestasi yang lebih sempurna nanti. Dengan latihan intensif selama tiga jam, saya rasa kita mampu melakukan sesuatu.

“Sekarang kami banyak memberi tumpuan kepada tahap kecergasan dan latihan keras. Saya harap segala perancangan akan membuahkan hasil,” katanya.

Bagaimanapun katanya, ketiadaan pemain pertahanan, Muhammad Razie Abd Rahim pada CC1 yang mengalami kecederaan bahu kiri ketika beraksi bersama pasukan Dabur Mumbai Magicians dalam saingan Liga Hoki India (HIL), baru-baru ini nyata memberikan sedikit tamparan kepada kem negara, apatah lagi ketika ini mereka kekurangan pakar yang mampu menjelmakan gol menerusi pukulan sudut penalti.

“Kami agak terasa dia (Razie) tidak dapat bermain. Ia akan memberikan masalah terhadap pukulan sudut penalti kerana saya rasa pihak lawan akan dapat membaca percaturan kami.

“Pihak lawan pasti dapat meneka bahawa saya yang akan mengambil tugasan itu (pukulan sudut penalti) kerana dia (Razie) tidak bermain tetapi sekarang ini kita sudah ada beberapa pemain lain yang berupaya mengambilnya dengan baik,” jelasnya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");