Perak Hari Ini

Kastam Perak Tumpas Penyeludupan Diesel, Rokok Dan Mercun Pelbagai Jenama

diesel Jabatan Kastam Diraja Negeri Perak berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan diesel, rokok, mercun dan bunga api pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai hampir RM1,014,775 dengan duti cukai tidak berbayar berjumlah kira-kira RM1,129,760.

Menurut Pengarah Kastam Perak, Datuk Mohd Nasir Said, maklumat orang awam telah membawa kepada penahanan sebuah bot kayu dan sebuah kapal tunda (tug boat) berhampiran Pangkalan Marin Kastam Lumut pada 21 April yang lalu.

“Hasil siasatan mendapati kedua-dua bot tersebut menjalankan aktiviti pemindahan 37,500 liter minyak diesel dengan anggaran nilai cukai berjumlah kira-kira RM114,375,” katanya.

Katanya, seorang warga asing telah ditahan dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 135(1)(g) Akta Kastam 1967.

Sementara itu, penahanan sebuah kenderaan jenis Toyota Hiace di Teluk Intan Perak pada 21 April lalu juga telah membawa kepada rampasan 500,000 batang rokok putih pelbagai jenama yang dimuatkan dalam 50 peti yang dianggarkan bernilai kira-kira RM288,750.

nasir

Kes tersebut itu juga katanya, disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 iaitu memiliki barangan tidak berkastam.

Jelas Mohd Nasir lagi, siasatan masih giat dijalankan bagi mengesan suspek yang bertanggungjawab menyeludup barangan tersebut.

“Jika sabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda nilai barangan dan tidak lebih daripada 20 kali ganda barangan itu atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya kepada pemberita di Lumut, hari ini.

Sementara itu, tiga kes melibatkan penyeludupan mercun dan bunga api yang menjadikan kontena dan stor tidak berpenghuni sebagai lokasi penyimpanan hampir setahun yang lalu juga turut berjaya dibongkar oleh pihak tersebut.

“Sebanyak 10 buah kontena diperiksa dan tiga daripada kontena tersebut berisi 327 kartun mercun dan bunga api seludup daripada pelbagai jenis dan jenama dengan anggaran nilai RM88,935,” katanya lagi.

Manakala sebuah lagi premis stor tidak berpenghuni di Taiping turut dijadikan lokasi simpanan mercun dan bunga api pelbagai jenis apabila pihak kastam menjumpai sebanyak 1,623 kartun ditemui dengan anggaran nilai RM1,260,600, katanya.

Pihak kastam juga jelas beliau, berjaya menjumpai rokok putih sebanyak bernilai RM550,00 yang dimasukkan dalam 55 peti dengan anggaran cukai sebanyak RM317,625.

“Selain itu, kita juga menemui 200 kartun produk mercun dan bunga api pelbagai jenis dan jenama dengan anggaran nilai RM74,250,” katanya.

mercun

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135(1) (d) Akta Kastam 1967 iaitu memiliki barangan tak berkastam dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada 10 kali ganda nilai barangan dan tidak melebihi 20 kali ganda nilai barangan itu atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau turut menegaskan bahawa pihak kastam sentiasa memandang berat terhadap penyeludupan barangan tersebut.

“Kegiatan penyeludupan seperti mercun dan bunga api dikhuatiri akan membahayakan keselamatan awam dan masyarakat perlu menghentikan kegiatan memperdagangkan bahan diesel negara yang sama sekali tidak boleh dipandang ringan,” tegasnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");