Jenayah

Lelaki ditemui mati kena tetak

tetak 3

BATU GAJAH – Mayat seorang lelaki dipercayai dibunuh kejam dengan kesan beberapa tetakan di badan dijumpai di sebuah ladang kelapa sawit di Pusing, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, mayat itu dijumpai orang awam yang telah menghubungi polis bagi memaklumkan penemuan itu.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal yang dilakukan polis, mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam parit berlumpur di ladang sawit berkenaan.

“Mangsa yang tidak dikenali identiti itu ditemui dalam keadaan berseluar pendek dan diselaputi lumpur.

“Kita percaya mangsa berbangsa Cina tetapi tidak diketahui warganegara memandangkan tiada dokumen pengenalan identiti ditemui,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Shaharon Anuar berkata, berdasarkan bedah siasat yang dilakukan ke atas mayat berkenaan semalam, mangsa dipercayai meninggal dunia dalam tempoh sehari hingga lima hari.

Menurutnya, berdasarkan pemeriksaan fizikal pula mendapati kulit mayat mengelupas seluruh badan selain terdapat kesan cacah seperti gambar matahari pada bahu kanan mangsa.

“Kita juga menemui terdapat enam kesan tetakan di kepala termasuk tengkorak berlubang. Selain itu terdapat juga kesan tetakan pada tangan kanan, jari kanan, kaki kanan, kaki kiri dan tangan kiri.

“Cap jari mangsa juga gagal diambil berikutan kulit telah tanggal,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan agar berhubung dengan pegawai penyiasat Asisten Superintendan Mohd Faizul Mohd Isa atau mana-mana balai polis berhampiran untuk tujuan pengecaman.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian juga diminta berhubung dengan polis.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");