Perak Hari Ini

2,700 Peserta Sertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak

PERAKTODAY7
Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke program larian sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan Ke- 86 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar, hari ini.

Hampir 2,700 peserta daripada pelbagai peringkat umur telah menyertai program tersebut.

Peserta telah dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu kategori 15 kilometer (KM) dan 7 KM untuk kategori dewasa dan pelajar, warga emas serta VVIP.

Peserta bagi kategori 15 KM dan 7 KM (dewasa dan pelajar) telah dilepaskan oleh Raja Nazrin manakala bagi kategori VVIP dan warga emas dilepaskan oleh Raja Datuk Seri Yong Sofia Sultan Azlan Shah.

Turut hadir ke program tersebut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambri Abd Kadir dan isterinya, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Program larian ini adalah satu program tahunan yang akan diadakan sempena ulangtahun Keputeraan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");