Perak Hari Ini

PRK Teluk Intan: BN Perlu Bersatu Untuk Menang

PERAKTODAY3Semua ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu bersatu untuk menjamin kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan yang akan diadakan pada 31 Mei nanti.

Itu amanat yang disampaikan oleh Pengerusi BN negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika menyampaikan ucapannya di Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan di Rumah Rehat Teluk Intan, petang tadi.

Beliau berkata, ia merupakan strategi terbaik untuk memastikan kemenangan calon BN dalam pilihan raya tersebut.

” Tiada yang lebih baik dalam pilihan raya kali ini melainkan semua ahli-ahli parti bersatu padu untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kita,” katanya.

Zambry berkata, semangat yang ditunjukkan oleh ahli parti juga amat menakjubkan.

“Hari ini merupakan satu lagi peristiwa bersejarah di bumi Teluk Intan apabila semua ahli komponen dari seluruh Malaysia datang untuk menyatakan sokongan terhadap BN.

“Kehadiran ini juga menunjukkan perpaduan dan satu hati dalam kalangan kita semua ahli BN,” ujarnya lagi.

Beliau berharap agar BN menang untuk PRK Parlimen Teluk Intan.

“Saya harap kita semua dapat pastikan BN kembali semula bertapak di bumi Teluk Intan ini,” katanya.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng daripada parti DAP akibat barah pada 1 Mei lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi mengumumkan Presiden GERAKAN, Datuk Mah Siew Keong sebagai calon BN manakala parti pembangkang pula mempertaruhkan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");