Perak Hari Ini

Dyana Sofya Nafi Ibunya Sertai PERKASA

Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud terus diasak pemberita berhubung penyebaran gambar dan pembabitan ibunya, Yammy Samat dalam Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia (PERKASA) yang tersebar secara meluas di laman media sosial, ketika kempen mula tertumpu kepada serangan peribadi.

Dyana Sofya yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang menafikan pembabitan ibunya dalam pertubuhan itu.

“Ibu saya tiada kaitan dengan PERKASA dan beliau tidak terlibat dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang pertama bagi persatuan itu.

“Beliau tidak pernah menyertai PERKASA dan jika dilihat pada gambar tersebut, ibu saya hanya datang untuk menghadiri majlis yang diadakan oleh rakannya,” katanya lagi.

Apabila diasak lagi oleh para pemberita untuk mengesahkan kesahihan gambar yang tersebar itu, Dyana Sofya cuba mengambil langkah selamat dengan mencadangkan pengamal media agar bertanya sendiri kepada ibunya, Yammy.

“Saya cadangkan anda hubungi dia (Yammy) dan bertanya sendiri kepada ibu saya,” ujarnya.

Memetik laporan yang disiarkan oleh The Star, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali telah mengesahkan kesahihan gambarnya bersama Dyana Sofya dan Yammy yang telah tersebar secara meluas di media sosial baru-baru ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali juga telah mengesahkan bahawa Yammy merupakan Ketua Wanita Pertama Perkasa (Wiranita) tetapi sebelum AGM yang pertama, ibu kepada calon DAP itu telah bertindak keluar daripada pertubuhan terbabit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");